Kenali Suria Cherating Beach Resort

Terletak di persisiran pantai Laut China Selatan yang cantik, Suria Cherating Beach Resort mempunyai keindahan pantainya yang putih bersih disinari cahaya matahari berserta kehijauan alam semula jadi. Kedamaian jelas terasa apabila anda menjejakkan kaki ke Suria Cherating Beach Resort. Hotel ini mampu memenuhi keseronokan percutian anda. Tidak hairanlah jika resort ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan juga asing.

Resort yang selesa ini dikelilingi persekitaran yang mendamaikan, begitu ideal untuk mereka yang ingin berehat seketika dari kesibukan kota. sama ada anda hadir bersama keluarga, insan tersayang mahupun rakan-rakan. Resort ini terletak kira – kira 45km dari bandar Kuantan ke Cherating dengan dikelilingi pepohon rhu dan pokok –pokok yang menghijau.

Resort ini mengamalkan konsep bersih, moden, selesa, dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, resort ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau selain hotel dan menepati kehendak syariah.

Suria Cherating Beach Resort yang bertaraf 3 bintang bukan sahaja menawarkan 114 bilik untuk tetamu serta mempunyai pemandangan yang sangat menarik iaitu menghadap taman dan laut. Terdapat lima jenis bilik di Suria Cherating Beach Resort iaitu Superior Garden View, Deluxe Sea View, Terrace Garden View,Terrace Sea View & Suite. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa termasuk penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, dan kemudahan menyediakan kopi dan teh.

Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor korporat, kerajaan, pakej hari keluarga, majlis makan malam, majlis perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan. Bilik seminar ini dilengkapi dengan projektor, televisyen, video dan lain-lain kemudahan. Pastinya memenuhi kemahuan setiap tetamu yang hadir. Di Suria Cherating Beach Resort mempunyai 9 bilik seminar dan boleh menampung seramai 25 – 400 orang.

Berkunjunglah ke Suria Cherating Beach Resort kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Tasik Chini, Gua Charah, Turtle Sanctuary dan Kampung Kebudayaan Cherating. Anda juga boleh menikmati udara malam serta menyusuri Sungai Cherating untuk melihat kelip-kelip di Ibok. Disekitar Cherating dan Kemaman juga banyak menjual ikan segar, keropok mentah dan lekor selain nasi dagang.

Suria Cherating Beach Resort amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka resort ini dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, surau, tandas awam, taman permainan, kolam renang, padang, kemudahan ‘teambuilding’ dan kemudahan rekreasi seperti bola jaring, bola tampar dan bola sepak pantai.