Merang Suria Holiday Camp

Kami menawarkan penginapan bertaraf tiga bintang berkonsepkan mesra keluarga dengan harga yang sungguh ideal. Lokasinya terletak tidak jauh dari pusat bandar Setiu, Terengganu dan mengambil masa kira-kira 60 minit perjalanan ke bandaraya Kuala Terengganu. Pemandangan di kem ini sangat indah, dengan suasana pantai yang bersih dan alam semula jadi yang unik memberi ketenangan tersendiri kepada para pengunjung.

Merang Suria Holiday Camp sesuai untuk anda membawa keluarga anda bercuti sambil mengadakan perkelahan, perkhemahan, sukaneka atau hari keluarga. Kem ini turut menawarkan lokasi yang sangat menarik untuk aktiviti pengembaraan serta kursus-kursus luar serta latihan kemahiran dengan pelbagai program.

Kem ini mengamalkan konsep bersih, moden, selesa, dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, kem ini bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau dan menepati kehendak syariah.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Merang Suria Holiday Camp seperti unit asrama lelaki/wanita yang dilengkapi katil, langsir, penghawa dingin, tikar getah, loker, dan kabinet untuk keselesaan peserta dan pengunjung yang tinggal di kem ini. Di samping itu, kawasan perkhemahan serta beberapa kemudahan lain turut disediakan seperti tandas, surau, dewan, wakaf, bilik persalinan dan pondok. Terdapat 16 asrama/berek di Merang Suria Holiday Camp yang boleh menampung seramai 400 orang.

Berkunjunglah Ke Suria Holiday Camp kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti, Kampung Nelayan Setiu, Tasik Kenyir, Air Terjun Chemerong, Pasar Payang, Pulau Redang, Masjid Kristal, Pulau Bidong, Pantai Penarik & Istana Maziah.

Suria Holiday Camp amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka resort ini dilengkapi dengan kemudahan seperti cafe, surau, tandas awam dan kemudahan ‘teambuilding’. Merang Suria Holiday Camp dibarisi tenaga kerja profesional dan terlatih yang senantiasa menyambut anda dengan senyuman mesra. Kecantikan alam semula jadinya sangat mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.