Kenali ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong

Kolam air panas di Bentong, Pahang yang terletak lebih kurang satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur begitu terkenal di kalangan penggemar alam semula jadi. Berada di persekitaran hutan hujan Khatulistiwa yang mendamaikan, Suria Hotspring Resort menyediakan kemudahan penginapan dan restoran yang dikendalikan oleh Suria Resorts & Hotels. Lokasinya tidak jauh dari ibu kota, iaitu terletak kira-kira 69km di utara Kuala Lumpur melalui lebuhraya Karak.

Hutan yang menghijau menawarkan pelbagai tarikan botani seperti pokok herba, pokok buah-buahan, pokok renek dan tumbuhan berbunga menarik pelbagai jenis burung, kelawar, dan serangga. Pengunjung dapat menikmati kesegaran air di kolam renang dan berendam di air bersulfur yang disalurkan dari mata air panas ke dalam kolam dan tab berjubin. Suhu air di mata air panas ini berada dalam lingkungan 45 hingga 50 darjah Celsius. Air yang bersifat menyembuhkan di kolam air panas ini melegakan sengal-sengal otot serta merehatkan kelesuan badan. Air yang mengalir dari mata air panas mempunyai beberapa kesan pemulihan terapeutik. Sejak zaman purba, mata air panas dikatakan mempunyai kesan positif terhadap pelbagai jenis penyakit. Antara kolam semula jadi yang anda boleh pilih adalah kolam terbuka air panas dan air sejuk serta kolam peribadi bagi mereka yang inginkan ketenangan sambil berendam di dalam air yang merawat ini dan mendapatkan kembali keseimbangan dalam melancarkan aliran darah dan kesejahteraan badan keseluruhannya.

Resort ini juga menampilkan konsep bersih, moden, selesa, dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, resort ini menjadi tumpuan umat Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau selain hotel dan menepati kehendak syariah.

Suria Hotspring Resort yang bertaraf tiga bintang menawarkan 80 bilik dengan harga yang sangat berpatutan. Segala kemudahan disediakan seperti TV LED 32 inci dengan saluran IPTV terpilih, penghawa dingin, peralatan peribadi, mandian pancuran air panas, kemudahan internet, peti sejuk mini dan sebagainya. Terdapat 3 jenis bilik iaitu Deluxe Triple, Deluxe Quad dan Villa yang mempunyai jakuzzi. Bagi tetamu yang ingin menjamu selera, bolehlah berkunjung ke Restoran Bunga Padi yang menghidangkan hidangan lazat tempatan dan barat ala gazebo.
Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor korporat, kerajaan, Pakej Hari Keluarga, Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan. Bilik seminar ini dilengkapi dengan projektor, televisyen, video dan lain-lain kemudahan. Pastinya memenuhi kemahuan setiap tetamu yang hadir. Di Suria Hotspring Resort mempunyai 4 bilik seminar dan boleh menampung seramai 14 – 248 orang.

Berkunjunglah ke Suria Hotspring Resort kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Deer Land, Kuala Gandah Lanchang dan Genting Highlands.

Suria Hotspring Resort amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka resort ini dilengkapi dengan kemudahan restoran, surau, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, kolam air panas,meja pool, permainan karom, catur dan kemudahan berbasikal. Kecantikan alam semula jadi di resort ini amat mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.