Kenali ēRYAbySURIA Janda Baik

Sebuah penginapan peranginan eksklusif, Suria Hill Country House yang terletak di Janda Baik, Pahang adalah pilihan yang tepat untuk bersantai dan berehat seketika daripada kesibukan kota. Lokasinya cukup menarik, dikelilingi alam semula jadi yang begitu memukau, berhampiran air terjun dan anak sungai yang begitu menyenangkan.

Dengan keluasan hampir tiga ekar, ia dipenuhi kebun buah-buahan tropika, taman-taman dan kebun yang subur menghijau. Lokasinya yang tidak jauh dari ibu kota, iaitu terletak kira-kira 45 km di utara Kuala Lumpur melalui lebuhraya Karak, menjadikannya sebuah penginapan yang ideal untuk bercuti dan beristirehat bersama keluarga.

Resort ini mengamalkan konsep bersih, moden, selesa, dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, Resort ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau dan menepati kriteria hotel patuh syariah.

Suria Hill Country House menyediakan 16 buah bilik yang dilengkapi penghawa dingin, TV LED 32-inci dengan saluran Astro dan peti sejuk mini. Untuk kemudahan para pengunjung, ia turut dilengkapi dengan akses internet. Terdapat dua jenis bilik iaitu Deluxe dan Premier yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik iaitu menghadap taman dan tumbuh-tumbuhan hijau yang memukau mata memandang.

Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor korporat, kerajaan, pakej hari keluarga, majlis makan malam, majlis perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan. Bilik seminar ini dilengkapi dengan projektor, televisyen, video dan lain-lain kemudahan. Pastinya memenuhi kemahuan setiap tetamu yang hadir. Di Suria Hill Country House terdapat 2 bilik seminar yang boleh menampung seramai 20 – 60 orang.

Berkunjunglah -ke Suria Hill Country House kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang dan Deer Land, Kuala Gandah Lanchang. Anda boleh berseronok dengan pelbagai aktiviti seperti mengembara di hutan atau berjalan pada waktu malam serta menjamu selera di Restoran Bunga Padi yang menyediakan pelbagai hidangan pilihan kegemaran Malaysia dan Barat.

Suria Hill Country House amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka resort ini dilengkapi dengan kemudahan cafe, tandas awam, padang dan sebagainya.