Kenali Suria City Hotel Johor Bahru

Suria City Hotel, terletak di tengah-tengah kota metropolitan Johor Bahru dengan tarikannya yang tersendiri. Lokasinya begitu strategik kerana berhadapan dengan pintu masuk utama ke Semenanjung Malaysia di sebelah Selatan, dan hanya mengambil masa beberapa minit dari Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Suria City Hotel sentiasa menjadi pilihan dan tumpuan kerana kedudukannya di kawasan bandar. Berlatarbelakangkan pemandangan Singapura (Woodlands) menjanjikan pemandangan yang menarik di samping pemandangan bandar khususnya di waktu malam.

Hotel ini juga mengamalkan konsep bersih, moden, selesa dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, hotel ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau selain hotel halal dan menepati kehendak syariah.

Hotel Suria City Hotel bertaraf tiga bintang ini menawarkan 92 bilik tetamu. Semua bilik di Hotel Suria City ini dilengkapi dengan kemudahan, seperti penghawa dingin, telefon, televisyen,almari pakaian, rak bagasi, bar mini, bekalan kelengkapan peribadi untuk keselesaan para tetamu. Setiap bilik direka dan dihiasi dengan kemudahan moden yang menjadikan suasana hotel yang santai. Di hotel ini mempunyai dua jenis bilik iaitu Deluxe dan Suite.

Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor korporat, kerajaan, pakej hari keluarga, majlis makan malam, majlis perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan. Bilik seminar ini dilengkapi dengan projektor, televisyen, video dan lain-lain kemudahan. Pastinya memenuhi kemahuan setiap tetamu yang hadir. Di Suria City Hotel mempunyai 6 bilik seminar dan boleh menampung seramai 50 – 150 orang.

Suria City Hotel terserlah dengan keindahannya terutama pada waktu malam. Tetamu dapat menikmati pemandangan langit biru dan juga seberang Selat Tebrau ke Singapura. Terdapat tempa-tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya ialah Danga Bay, Stulang Laut, Universal Studio, Legoland, Putri -Harbor @ Nusajaya, Pandan City, Serene Hill Palace & Royal Mausoleum, Kukup Fishing Village.

Suria City Hotel amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka hotel ini dilengkapi dengan kemudahan seperti -restoran, surau, tandas awam, kolam renang dan sebagainya.