Mengenai Royal Cambridge Hotel

The Royal Cambridge Hotel adalah –adalah sebuah hotel dengan bentuk era Victoria iaitu di bawah pengurusan Suria Resorts & Hotels Malaysia – sebuah syarikat pengendali resort dan hotel yang ditubuhkan pada 2003. Lokasinya begitu strategik, di Bandar Sussex Gardens, di tengah-tengah kota besar London di Paddington.

The Royal Cambridge Hotel ini sesuai untuk tujuan perniagaan dan pelancongan kerana lokasinya berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan, riadah, pusat membeli-belah, jalan-jalan terkenal, teater, taman-taman, dan tempat-tempat pelancongan yang popular di London, England. Antaranya adalah Marble Arh & Oxford Street, Madame Tussauds, Kensington Garden & Palace, Bayswater, London Eye, Trafalgar Square, Covent Garden, Big Ben, Tower of London & Bridge.

Hotel ini juga mengamalkan konsep bersih, moden, selesa dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, hotel ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat -Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau selain hotel halal dan menepati kehendak syariah.
Hotel ini menawarkan 39 bilik untuk tetamu dengan harga yang sangat berpatutan serta dilengkapi dengan kemudahan seperti telefon, televisyen, almari pakaian, rak bagasi, pengering rambut, bar mini, bekalan kelengkapan peribadi untuk keselesaan para tetamu. Di hotel ini terdapat lima jenis bilik iaitu Single, Small Double, Twin/Double, Superior Double/Triple, Family 4 dan Family 5 yang direka dan dihiasi dengan kemudahan moden menjadikan suasana hotel lebih menarik.

Tetamu yang berkunjung ke hotel ini pasti akan membawa satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana kemudahan persekitaran yang sangat mudah didapati serta mereka akan menemui pelbagai tarikan di Bandar ini tanpa perlu bersusah payah. The Hyde Park adalah antara tempat yang begitu popular yang terletak bersebelahan dengan Royal Cambridge Hotel. The Kensington Gardens, Piccadilly Circus, Knightsbridg, serta tarikan lain yang popular seperti muzium juga terletak di sekitarnya. Selain itu, Stesen Bawah Tanah Paddington turut menyediakan akses mudah ke semua tempat pelancongan di Bandar London dan kawasan sekitarnya. Hotel ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow melalui Heathrow Express dari Stesen Paddington.

Bagi yang ingin menjamu selera, kawasan ini seperti sebuah syurga makanan kerana terdapat pelbagai restoran, gerai makan, dan kafe yang menawarkan pelbagai pilihan makanan mahupun Barat hinggalah makanan Timur Tengah Asia yang lazat. Pengunjung dari Malaysia tidak akan menemui kesulitan untuk menjamu selera kerana terdapat beberapa restoran makanan halal Malaysia di Edgewere Road yang mengambil masa hanya 10 minit untuk berjalan kaki. Selain itu, boleh juga berjalan kaki ke Oxford Stuart hanya mengambil masa 15 minit sahaja serta di kawasannya mempunyai kemudahan bas yang kerap.