Pengenalan

Suria Resorts & Hotels, Malaysia and International merupakan jenama hotel dan resort tempatan, milikan 100 peratus bumiputera yang telah bertapak sejak tahun 2003. Jenama yang makin popular dan berkembang maju ini diuruskan oleh syarikat Suria Resorts Management Sdn Bhd.

Syarikat ini telah berjaya dipilih sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berpotensi tinggi yang berkembang maju dan telah terpilih untuk menyertai program Teras di bawah naungan TERAJU, peneraju bumiputera. Syarikat ini sedang mengkaji tawaran dan mencari peluang pengurusan hotel dan resort melalui kontrak pengurusan jangka panjang, usahasama perniagaan, penyewaan, konsep -francais di lokasi lain seperti di Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu dan di beberapa tempat lagi.

Memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan yang cemerlang, Suria Resort Management Sdn Bhd menghargai hubungan yang mendalam dengan para tetamu kami dan juga menyediakan peluang pekerjaan yang mematuhi Undang – Undang Syariah. Selain itu, jenama Suria juga mengetengahkan polisi “Family and Business Friendly” di semua lokasi hotel dan resort.

Pada masa kini, Suria Resorts & Hotels mempunyai tiga buah resort, dua buah hotel dan satu “Holiday Camp” di bawah pengurusan dan jenamanya yang terletak di lokasi-lokasi yang strategik dan juga menarik iaitu Cherating Pahang, Terengganu, Janda Baik Pahang, Bandaraya Johor Bharu, Bentong Pahang dan kota London di United Kingdom. Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri yang dilengkapi dengan kemudahan dan pelbagai fasiliti moden terkini malahan juga fasiliti bermesyuarat serta berkursus yang cukup dan lengkap.

Suria Resorts & Hotels mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal. Antara misi utama Suria Resorts Management Sdn Bhd adalah menjadikan Suria Resorts & Hotels satu jenama yang dikenali dalam industri perhotelan dan pendidikan di Malaysia dan juga seluruh Asia Tenggara, serta memastikan kepuasan pelanggan melalui pengurusan perkhidmatan yang cemerlang. Suria Resorts Management juga menyediakan pulangan yang berterusan kepada semua yang terlibat serta menyediakan peluang pekerjaan yang patuh syariah kepada komuniti setempat.