Kenali ēRYAbySURIA Merang

Terletak di persisiran pantai Laut China Selatan dan kawasan Taman Barisan Marin Setiu Wetland yang cantik dan sangat menarik mata memandang. Merang Suria Resort mempunyai pemandangan berlatar belakang pasir pantai keemasan, air laut yang kebiruan berserta kehijauan alam semula jadi. Resort yang terletak di Tanjung Rhu Tapai ini dikelilingi oleh tanaman hijau tropika, hutan paya bakau, hutan pantai dan -teluk yang indah, desa – desa pantai yang mempesonakan serta pohon-pohon palma yang melambai.

Merang Suria Resort mengetengahkan rekaan kontemporari berserta suntikan seni dalaman Bali yang menekankan keharmonian suasana alam sekitar, sekali gus menjadikan resort kami sebagai salah satu resort yang sering dikunjungi dan digemari para pelancong asing dan juga tempatan.

Resort ini juga mengamalkan konsep bersih, moden, selesa dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, resort ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat-Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan yang melampau selain hotel halal dan menepati kehendak syariah.

Merang Suria Resort yang bertaraf 3 bintang bukan sahaja menawarkan 70 bilik yang dilengkapi dengan segala kemudahan lengkap yang diperlukan untuk penginapan yang selesa, malah turut di bina dengan menggabungkan elemen semula jadi dan moden. Terdapat dua jenis bilik di Merang Suria Resort iaitu Superior Seafront dan Superior Terrace Seafront. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa termasuk penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, dan kemudahan menyediakan kopi dan teh.

Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor Korporat, Kerajaan, Pakej Hari Keluarga, Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan projektor, televisyen, video dan lain-lain kemudahan, bilik mesyuarat, pastinya memenuhi setiap keperluan tetamu yang hadir. Bilik seminar di Merang Suria Resort mempunyai 6 bilik dan boleh menampung seramai 40 – 350 orang.

Berkunjunglah ke Merang Suria Resort kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Kampung Nelayan Setiu, Tasik Kenyir, Air Terjun Chemerong, Pasar Payang, Pulau Redang, Masjid Kristal, Pulau Bidong, Pantai Penarik & Istana Maziah. Anda boleh berseronok dengan pelbagai aktiviti seperti mengembara di hutan atau berjalan pada waktu malam di Restoran Bunga Padi yang menghidangkan pilihan kegemaran Malaysia dan Barat.

Merang Suria Resort amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka resort ini dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, surau, tandas awam, kolam renang, dan kemudahan rekreasi seperti bola jaring, bola tampar dan bola sepak pantai. Kecantikan alam semula jadinya sangat mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.